Ali Zahraa dan Pelita Lusoh berkolaborasi lancar produk penjagaan kulit  Madeena dan lagu Kembara Nabawi

Ali Zahraa dan Pelita Lusoh berkolaborasi lancar produk penjagaan kulit  Madeena dan lagu Kembara Nabawi

29 Julai 2020, Kuala Lumpur – Asia Empire Records dan Ali Zahraa Holding Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahraa “Madeena” dan lagu “Kembara Nabawi” yang dibawakan oleh band Pelita Lusoh serta lirik video rasmi di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur.

Ali Zahraa Holding Sdn Bhd (Ali Zahraa) adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan di mana ia mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun 1998. Semenjak penjenamaan semula Ali Zahraa tiga tahun yang lalu, mereka sekali lagi menggegarkan pasaran dan telah menjadi fenomena di Malaysia dengan kelahiran Zahraa Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy dan Serum Madeena dan lain-lain. Ali Zahraa mempunyai lebih daripada 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia.

Kali ini Ali Zahraa “Madeena” sekali lagi akan menggegarkan pasaran produk kecantikan kulit dengan kerjasama penuh bersama band Pelita Lusoh. Kini, Pelita Lusoh menjayakan produk terbaru Ali Zahraa “Madeena” bukan sebagai duta tetapi sebagai rakan kongsi untuk bersama melayakkan produk Ali Zahraa ke pasaran Asia.

Setelah hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk Muslim unggul Ali Zahraa “Madeena” dan sesuatu yang baru bagi Pelita Lusoh kerana melangkah setapak lagi ke dalam dunia produk penjagaan kulit. Dengan ini, sekali lagi Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah melebarkan sayap mereka. Sebelum ini Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah dua tahun beroperasi dan mereka mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan pelbagai lagi. Kini, telah tiba masanya Pelita Lusoh kembangkan perniagaan mereka dengan sesuatu yang baru.

PELITA LUSOH – KEMBARA NABAWI

Bersama dengan produk Ali Zahraa “Madeena”, Pelita Lusoh telah melahirkan sebuah lagu yang berjudul “Kembara Nabawi”. Lagu ini ditulis oleh FJ Muzik dan telah digubah sepenuhnya oleh Pelita Lusoh. Rakaman single ini juga menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari kumpulan Drama Band sebagai pemain bass dan Rudy dari kumpulan Nastia untuk bahagian strings. Rakaman dan adunan dilakukan sepenuhnya di Asia Empire Records Studio. Penulisan lagu ini menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah SAW.

Pelita Lusoh merupakan sebuah band bergenre modern rock yang dianggotai oleh penyanyi Aweera bersama dua anggota band OTwo, Anep (dram) dan Alan (gitar). Aweera sebenarnya sebelum dikenali sebagai program realiti One In A Million dan vokalis Mojo pernah menganggotai band OTwo sebagai gitaris ketika beliau masih belasan tahun. Pelita Lusoh pertama kali muncul dengan single PIL atau Pelita Ini Lusoh tahun lalu diikuti single Kekaseh Syurga.

LIRIK VIDEO RASMI KEMBARA NABAWI

Penggambaran rakaman pembikinan lagu Kembara Nabawi dijalankan di Asia Empire Records Studio sepenuhnya semasa sesi rakaman lagu tersebut. Keseluruhan produksi lirik video ini adalah oleh Asia Empire Records. Lirik video rasmi ini akan dilancarkan secara rasmi pada 29 julai 2020 jam 8:30 malam di saluran YouTube rasmi Asia Empire Records.

Ikuti laman sesawang rasmi Pelita Lusoh:
www.facebook/pelitalusoh www.instagram/pelitalusoh

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
EMBRYOLISSE MEMBUAT DEBUT UNTUK PERTAMA KALI DI MALAYSIA!
EMBRYOLISSE MEMBUAT DEBUT UNTUK PERTAMA KALI DI MALAYSIA!
Petaling Jaya, 2 Jun 2020: Jenama penjagaan kulit dari Perancis yang memenangi pelbagai anugerah global, Laboratoires Embryolisse, bakal membuat debut...
Selamat tinggal ‘seksi’ – Kilafairy
Selamat tinggal ‘seksi’ – Kilafairy
KUALA LUMPUR: Benar perkataan seksi itu cukup subjektif. Namun bagi artis dan usahawan terkenal, Kilafairy yang terus ampuh dengan empayar...
CARiNG’s “Live Well with Diabetes” Public Forum
CARiNG’s “Live Well with Diabetes” Public Forum
CARiNG Pharmacy Retail Management. – The top three community pharmacy operators in Malaysia – To commemorate World Diabetes Day 2019,...