Pelakon Black Panther Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

Chadwick Boseman, pelakon yang dikenali sebagai pembawa watak adiwira Black Panther telah meninggal dunia dalam usia 43 tahun.

Boseman amat dikenali menerusi watak Black Panther dan Raja T’Challa melalui Marvel Cinematic Universe.

Membawa peranan salah satu watak Avengers, beliau menghembuskan nafas terakhir selepas berperang dengan kanser usus tahap 3 yang sekian lama dihidapinya sejak tahun 2016.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles seperti yang dilaporkan oleh AP. Sebelum ini, telahpun ada laporan media yang menyatakan tentang keadaan kesihatan beliau yang semakin menyusut.

‘Rest in power’ Raja T’challa. Wakanda forever.

Author: Ahmad Nazri Ngah @ Blitzenius

Penulis ialah pengkritik muzik di majalaH ROTTW, pengulas filem dan admin grup filem Facebook, Movie Addict.