Twisties Tonjol Kelainan #KasiCampur dengan Spicy Seaweed Splash Baharu

Meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap pengalaman gastronomi campuran yang unik, dan mengembangkan lagi rangkaian perisa jenama Twisties

Kuala Lumpur, 22 September 2020 – Jenama makanan ringan kegemaran Malaysia, Twisties kini merancakkan lagi tawaran perisanya dengan memperkenalkan varian ‘Spicy Seaweed Splash’ terbaharu. Menggabungkan rasa pedas cili yang disukai rakyat Malaysia dengan perisa rumpai laut yang unik, Spicy Seaweed Splash menjamin pengalaman rasa yang mengujakan bagi penggemar makanan ringan!

“Kami cukup teruja untuk melancarkan Spicy Seaweed Splash, yang merupakan antara tawaran daripada rangkaian Twisties yang paling dinanti-nantikan. Kami sedar rakyat Malaysia sentiasa mengidamkan perisa yang inovatif, dan kami yakin para peminat akan jatuh hati dengan perisa terbaharu ini,” demikian kata Arpan Sur, Pengarah Bersekutu, Biskut & Makanan Ringan Asia Tenggara.

Meneruskan matlamat jenama ini untuk menginspirasikan rakyat Malaysia supaya menonjolkan keunikan masing-masing menerusi slogan ‘Embrace Your Twists’ (Alami Kelainan Tersendiri) yang dilancarkan tahun lalu, pengenalan perisa baharu ini mencerminkan komitmen jenama dengan memberikan suntikan nafas baru kepada rangkaian popular ini.

Bagi menghasilkan kombinasi perisa yang tepat, Twisties mendapat inspirasi daripada budaya gastronomi #KasiCampur Malaysia yang tersendiri, diolah daripada citarasa rakyat Malaysia yang gemar menggabungkan makanan dan perisa berbeza untuk menghasilkan hidangan unik seperti goreng pisang keju, kek lapis telur masin dan ais krim nasi lemak. Seiring dengan kempen #KasiCampur, gabungan perisa cili dan rumpai laut ini bakal menambat selera pengguna serta memberikan satu pengembaraan gastronomi baru yang menakjubkan.

“Pengenalan Spicy Seaweed Splash selari dengan meningkatnya minat pasaran terhadap makanan ringan berperisa campuran, khususnya dalam kategori pedas. Selain aspek perisa, kami berazam membangunkan satu produk yang disukai rakyat Malaysia, selain dapat menyatukan mereka dan dinikmati bersama-sama. Apa yang menjadikan Malaysia negara yang unik adalah budaya #kasicampur yang dekat di hati rakyat dan mencerminkan sofistikasi citarasa pengguna di negara ini . Pelancaran ini melambangkan satu pencapaian yang memberangsangkan untuk kami, dan rakyat Malaysia boleh terus nantikan lebih banyak lagi kepelbagaian perisa Twisties #kasicampur, yang dihasilkan dengan cara yang betul, untuk saat yang sesuai, dalam masa terdekat,” tambah Arpan.

Spicy Seaweed Splash Twisties kini boleh didapati di kedai-kedai runcit, serbaneka, serta dalam talian dalam bungkusan 60g dan 160g, masing-masing pada harga RM1.98 dan RM3.96. Perisa baru ini telah mengembangkan rangkaian Twisties sedia ada, yang termasuk BBQ Curry, Cheddar Cheese, Chicken, Cherry Tomato, Chili Cheese dan Thai Sweet Chili.

Dengan sejarah lebih 30 tahun di Malaysia dan sebagai antara makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia, Twisties telah menjadi sebutan seisi rumah yang dinikmati oleh jutaan pengguna di Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada rangkaian jenama di bawah pengeluar makanan ringan terkemuka, Mondelēz International. Selain menawarkan pengguna makanan ringan yang tepat , untuk saat yang sesuail, dan dibuat dengan cara yang betul yang juga selari dengan matlamat Mondelēz, Twisties juga terkenal dengan usahanya untuk membudayakan sikap menikmati makanan ringan yang positif menerusi slogan ‘Embrace Your Twists’ (Alami Kelainan Tersendiri).

Author: Ahmad Nazri Ngah @ Blitzenius

Penulis ialah pengkritik muzik di majalaH ROTTW, pengulas filem dan admin grup filem Facebook, Movie Addict.