Cadbury Dairy Milk Durian kini kembali atas sambutan hangat

Raikan perisa Malaysia dengan kembalinya coklat edisi terhad tempatan

KUALA LUMPUR, 17 September 2020 – Cadbury Dairy Milk, jenama konfeksi kegemaran Malaysia di bawah Mondelēz International (Mondelez) telah mengumumkan kembalinya perisa edisi terhad tempatan paling popular, Cadbury Dairy Milk Durian. Dicipta eksklusif untuk pasaran Malaysia, syarikat pengeluar coklat ini memberikan penekanan kepada perisa dan budaya Malaysia buat kali ketiganya susulan kejayaan Cadbury Dairy Milk Durian pada Ogos tahun lalu dan Cadbury Dairy Milk Kopi C pada 2018.

“Kami benar-benar teruja dengan reaksi serta sokongan yang diberikanke atas perisa kegemaran rakyat Malaysia yang dihasilkan sejak beberapa tahun yang lalu. Bermula beberapa tahun yang lepas, kami ingin mencipta satu perisa yang bukan sahaja meraikan rasa tempatan, tetapi sesuatu yang benar-benar menjiwai rakyat negara ini bagi memperingati kewujudan Cadbury i di Malaysia sejak sekian lama. Maka dengan itu terhasillah Cadbury Dairy Milk Durian ini. Memandangkan keluarannya yang terhad pada tahun lepas, tidak semua rakyat Malaysia berkesempatan untuk merasai ciptaan berinovasi ini. Oleh itu, pelancaran semula Cadbury Dairy Milk Durian tahun ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk merasai gabungan terbaik coklat Cadbury Dairy Milk yang halus dengan perisa ikonik Raja Buah, dengan harapan ianya dapat meningkatkan semangat cintakan negarakata Pengurus Kategori Coklat Mondelez International, Malaysia Singapura dan Thailand, Rahul Mathur.

Cadbury Dairy Milk Durian menampilkan adunan perisa durian sebenar dan coklat susu yang halus lagi lazat, menyatukan dua rasa hebat yang dikenali dan disukai rakyat Malaysia. Kembalinya perisa tempatan ini turut menandai penawaran saiz bar terbaru iaitu 40g dan 100g, menjadikannya sebagai pilihan snek terbaik untuk lebih banyak acara.

Sebagai sebahagian daripada tujuan Mondelēz International untuk menghasilkan snek dengan cara yang betul (Snacking Made right), kemunculan kembali Cadbury Dairy Milk Durian turut mencerminkan kesungguhan syarikat konfeksi global ini dalam menerajui masa depan snek dengan menawarkan snek yang tepat, untuk waktu yang sesuai dan dihasilkan dengan cara yang tepat. Perisa tempatan ini dicipta khas bagi meraikan rasa bangga rakyat Malaysia terhadap makanan serta rasa tempatan, dan melambangkan keserasian penyatuan ikon global dan tempatan.

Cadbury Dairy Milk Durian boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Oktober 2020 dengan harga jualan yang disyorkan:

RM 2.90 untuk 40g

RM 5.90 untuk 100g

RM 8.50 untuk 165g

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Durian, sila kunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia dan laman Instagram di https://www.instagram.com/cadbury_my/.

Author: Ahmad Nazri Ngah @ Blitzenius

Penulis ialah pengkritik muzik di majalaH ROTTW, pengulas filem dan admin grup filem Facebook, Movie Addict.