SURIA KLCC MERAIKAN GALERI FESYEN LELAKI PERTAMA DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 25 April 2019 –Suria KLCC kini menawarkan pengalaman membeli belah yang berbeza dengankejayaan pembukaan Galeri Fesyen Lelaki, galeri khusus yang menghimpunkanpelbagai koleksi terkini dari label pakaian lelaki terbaik di dunia

Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai EksekutifSuria KLCC Sdn Bhd, berkata Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC diperkenalkanseiring dengan trend global lelaki yang semakin bergaya dalam pilihan stailmereka.

“”Bagi lelaki moden, fesyen dan penampilan merupakansalah satu alternatif untuk mengekspresikan diri. Dengan stail yang unik danpenjagaan diri yang rapi, mereka merancakkan lagi industri fesyen tempatanserta mencetus kepelbagaian dalam pilihan rekaan yang menambat hati.” kataAndrew.

Berkeluasan 38,000 kaki persegi di Tingkat Satu Suria KLCC,Galeri Fesyen Lelaki memenuhi keperluan dan permintaan setiap lelaki bergaya.Ia menghimpunkan pelbagai jenama pereka fesyen terkemuka seperti BrookBrothers, Coach Men, Hugo Boss dan Michael Kors. Turut serta adalah jenamaseperti Bally, Boggi Milano, Dunhill, Dior Men dan Fendi Men – rangkaian jenamaantarabangsa yang hanya eksklusif ditawarkan di Suria KLCC.

Fashion show featuring the latest collection from Bally, Brooks Brothers, Michael Kors, Montblanc and Tumi

Selain menempatkan pelbagai jenama mewah, Galeri Fesyen Lelaki juga menempatkan jenama rias lelaki tersohor dunia, Truefitt & Hill; pakar audio inovatif, Sennheiser dan beberapa jenama jam tangan terkemuka seperti Breitling, Rado, Rolex, Montblanc, Cortina Watch, Tag Heuer, Longines dan Omega.

Menurut Andrew lagi, “Melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen lelaki, Suria KLCC bercadang untuk memperluaskan Galeri Fesyen Lelaki dengan lebih banyak jenama untuk menarik perhatian pengunjung. Ini sejajar dengan slogan Suria KLCC iaitu “Sentiasa Sesuatu Yang Baru”. Kami ingin menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk fesyen lelaki.”
Continue reading “SURIA KLCC MERAIKAN GALERI FESYEN LELAKI PERTAMA DI MALAYSIA”