EJEN ALI MISI : INDONESIA Misi Menawan Indonesia Bermula!

JAKARTA, 26 DISEMBER 2019‘Ayo rame-rame ke bioskop 1 Januari 2020!  Filem animasi ketiga Malaysia tahun ini, EJEN ALI THE MOVIE bakal menggegarkan pawagam Indonesia bermula 1 Januari ini.  Berikutan kejayaan pecah panggung di Malaysia, Singapura dan Brunei,  EJEN ALI THE MOVIE mampu menarik minat peminat animasi di Indonesia sehingga ia berjaya menembusi pawagam di sini. Tayangan perdana filem EJEN ALI THE MOVIE yang telah diadakan di CGV, pusat membeli belah Grand Indonesia hari ini turut dihadiri oleh rakan-rakan media, rakan kerjasama Primeworks Studios dan Media Prima Berhad, serta peminat-peminat Ejen Ali yang terpilih. EJEN ALI THE MOVIE yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation diadaptasi dari siri animasi TV popular Malaysia ‘EJEN ALI’  yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah dalam industri animasi tempatan.


Meraih lebih dari 2 juta tontonan setiap minggu di saluran televisyen Malaysia TV3 dan mencecah lebih dari 1.67 juta langganan di laman YouTube, Ejen Ali kini menjadi salah satu jenama animasi yang telah berjaya melebarkan sayapnya ke negara Asia. Mula ditayangkan di skrin televisyen Malaysia pada tahun 2016, siri animasi Ejen Ali telah disiarkan di lebih dari 50 buah negara, termasuklah di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara serta di saluran televisyen tempatan Indonesia, MNCTV.

FIlem EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada 

ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet  istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji. 

Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata ketika malam tayangan perdana, “Permulaan yang bagus bagi kami untuk tahun 2020!  Seperti mendapat hadiah tahun baru apabila filem EJEN ALI THE MOVIE dapat memperluaskan pasaran serantau dengan menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia. Kami berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia kerana naskah karya yang dihasilkan oleh Usamah dan ahli ‘Wauriors’ lain mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi dan sudah tentunya kami ingin kongsikan perasaan bangga itu kepada peminat serta pencinta filem di Indonesia.

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, menambah, “Sokongan padu dari peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia amat kami hargai.  Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus asa dan kami sedaya-upaya memenuhi permintaan mereka agar filem EJEN ALI THE MOVIE ditayangkan di sini. Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, kami ingin menjemput semua ‘Ejen’ di Indonesia untuk membanjiri pawagam-pawagam tempatan dan merealisasikan ‘misi pecah panggung’ Ejen Ali di Indonesia!”

Sebanyak empat buah lagu skor muzik OST (Original Soundtrack) telah dimuatnaik di semua platform digital. Klip Video dan lagu pertama yang berjudul “Bukalah Matamu” nyanyian Aisyah Aziz dan penyanyi hip hop, Bunga, dikeluarkan pada 20 September 2019. Video lirik lagu “Bukalah Matamu” yang dimuatnaik di laman YouTube mencatat lebih dari 2.2 juta jumlah tontonan. Lagu kedua, “Kita Jaga Kita” nyanyian penyanyi hip-hop Malaysia, Altimet bersama Cuurley dan Malik Abdullah telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2019 bersama sebuah lirik video yang kini mencatat lebih daripada 2.6 juta jumlah tontonan di laman Youtube. 

Lagu ketiga, “Mamak Maju” yang diangkat dari salah satu babak di kedai mamak yang menjadi ‘viral’ dan berjaya mencuit hati penonton telah diperdengarkan pada umum pada 13 Disember 2019 yang lalu.  Sehingga kini video babak “Mamak Maju” berjaya meraih lebih daripada 4.4 juta jumlah tontonan setelah ia dimuatnaik di laman YouTube dan mendominasi carta video trending di Malaysia selama enam hari berturut-turut. Selain dari itu, atas permintaan ramai, lagu “Mama (Di Hatimu)” yang dinyanyikan oleh pelakon suara EJEN ALI, Ida Rahayu Yusoff, dimuatnaik di laman Youtube pada 20 Disember 2019 dan mencatat lebih dari 600,000 jumlah tontonan. Lagu ini berkisar tentang penghargaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. “Mama (Di Hatimu)” adalah hasil sentuhan magis Azri Yunus dan Hakim Kamal, yang juga merupakan komposer utama bagi lagu-lagu OST filem EJEN ALI THE MOVIE.

Peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan barangan eksklusif serta bertemu dengan maskot Ejen Ali di pusat membeli-belah yang terpilih sewaktu sesi ramah mesra’ filem EJEN ALI THE MOVIE. Butiran sesi ramah mesra adalah seperti berikut, tarikh-tarikh lain akan diumumkan dari masa ke semasa. 

TarikhLokasi
27 Disember 2019Miko Mall, Bandung
29 Disember 2019Car Free Day BekasiFestive Walk, Karawang (akan disahkan)

Filem EJEN ALI THE MOVIE bakal menemui peminat di pawagam-pawagam terpilih Indonesia iaitu CGV, Flix, Kota Cinema, Platinum dan Cinemaxx bermula pada 1 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut tentang filem EJEN ALI THE MOVIE, layari: 

PRIMEWORKS STUDIOS & WAU ANIMATION UMUMKAN EJEN ALI MUSIM 2

PETALING JAYA, 20 September 2017 Primeworks Studios dan Wau Animation hari ini mengumumkan musim terbaru Ejen Ali di sebuah tayangan perdana bersama peminat setia sempena pelancaran siri tersebut di TV3 pada 22 September 2017 ini. Musim 2 yang dinanti-nantikan ini bakal mengembangkan lagi dunia Ejen Ali dan kerjaya pengintipan rahsianya, apabila dia menyertai Akademi Latihan MATA untuk mengasah bakat dalam bidang pengintipan dan menjalankan misi bersama ejen muda lain.

Tayangan ini merupakan pratonton acara Tayangan Awal Eksklusif, khas buat peminat tegar Ejen Ali, yang berpeluang untuk menonton dua (2) episod pertama Ejen Ali Musim 2 secara berturut-turut di panggung wayang. Peminat juga berpeluang untuk bertemu dengan maskot Ejen Ali dan membawa pulang poster yang ditandatangani para pelakon suara secara percuma dengan setiap pembelian tiket, sementara stok masih ada. Tayangan eksklusif ini terhad hanya pada 23 dan 24 September 2017 ini di Golden Screen Cinemas (GSC), 1 Utama Shopping Centre, dimana pembelian tiket boleh dilakukan melalui dalam talian.

Di samping itu, pelancaran Musim 2 ini turut menampilkan barisan produk berlesen Ejen Ali yang baharu. Sebagai pemegang bagi barangan kembali-ke-sekolah, peralatan alat tulis, pakaian serta permainan jenama Ejen Ali, Toy World Marketing Sdn. Bhd bakal melancarkan rangkaian pertama produk bekas makanan dan botol air di seluruh negara pada Oktober 2017, diikuti dengan rangkaian barangan kembali-ke-sekolah yang Iebih Iuas menjelang akhir tahun ini, sempena musim persekolahan 2018 yang akan datang.

Pemegang lesen penerbitan Armoni Gold Mind Sdn. Bhd. juga akan melancarkan rangkaian buku Ejen Ali yang ke-empat di pasaran Malaysia. MISI: Cabaran Ejen adalah sebuah siri enam buah buku aktiviti berpelekat yang akan mula dipasarkan di kedai-kedai buku dan pasaraya besar seluruh negara bermula Oktober 2017. Siri ini termasuk dalam rangkaian penerbitan yang sedia ada di pasaran termasuk buku komik, buku aktiviti pra-sekolah, buku mewarna serta carta pendidikan dan poster.

Sebuah lagi kolaborasi menarik yang memberikan nafas baru bagi jenama Ejen Ali adalah melalui aplikasi permainan mudah alih Ejen Ali oleh MPLabs, sebuah initiatif Media Prima Digital, iaitu aplikasi Ejen Ali : Emergency dan Ejen Ali: MATA Training Academy. Peminat turut berpeluang untuk mendapatkan kemeja-T edisi khas yang hanya dijual secara eksklusif melalui aplikasi permainan tersebut. Ini merupakan pengaktifan kedai dalam talian yang pertama untuk Ejen Ali.

“Sejak musim pertama melabuhkan tirainya pada Januari 2017, tenaga kerja WAU Animation (dikenali sebagai WAUriors) telah bertungkus lumus untuk menghasilkan karya yang lebih hebat untuk musim kedua ini buat peminat-peminat Ejen Ali. Dalam musim ini, Ali menyertai Akademi Latihan MATA yang membawa lebih banyak konflik dan cabaran ketika dia menjaiankan misi disamping ejen-ejen muda agensi itu. Dengan kepelbagaian watak dan persekitaran yang baru, kami telah memperluaskan dunia Ejen Ali untuk menawarkan penceritaan dan pengalaman menonton yang lebih menarik” ujar Usamah Zaid, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation.

“Kami amat teruja dengan kejayaan musim pertama Ejen Ali, yang amat memberangsangkan ke arah langkah kami untuk menjangkaui industri televisyen Malaysia menjelang akhir tahun 2017. Kami berharap dengan kualiti tinggi dalam penceritaan dan kepelbagaian watak yang ditonjolkan dalam Ejen Ali musim kedua ini, ia dapat meraih sambutan hangat dari lebih ramai peminat Ejen Ali di Malaysia and seluruh rantau ini,” kata Datuk Ahmad lzham Omar. Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios.

Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata, “Kami komited untuk mengembangkan rangkaian produk di pasaran dan menyuntikkan nilai-nilai keseronokkan dan bergaya dari siri animasi Ejen Ali ke dalam pengalaman serta barangan berjenama yang bermakna untuk para peminat. Berdasarkan maklum balas yang memberangsangkan untuk rangkaian penerbitan yang dilancarkan pada awal tahun 2017, serta sokongan para peminat di laman media sosial, kami yakin rangkaian barangan berjenama Ejen Ali terbaharu ini akan turut mendapat sambutan yang baik.”

Pihak penerbitan Ejen A/i turut berkongsi bahawa persiapan untuk menghasilkan Ejen Ali the Movie juga sudah bermula, yang dijangka menemui peminat di Iayar perak pada tahun 2019.

Setelah menerima sambutan positif tahun laiu, musim kedua Ejen Ali akan menemui peminat di kaca televisyen bermuia 22 September 2017 di saiuran TV3, setiap hari Jumaat jam 5.30 petang dan siaran ulang secara dalam talian melalui www.tonton.com.my.

image