Sneak preview 6 minit THE GIFTED, anak-anak mutan X-Men dari siri televisyen baru saluran FOX

Tonton 6 minit pertama THE GIFTED yang merupakan siri terbaru dalam universe Fox-Marvel selepas terhasilnya LEGION (tentang anak Charles Xavier yang tak didendang). Pastikan anda tidak terlepas melihat kelibat Polaris, anak perempuan Magneto dalam siri TV ini lakonan Emma Dumont di mana dia juga punya kelebihan luar biasa mengawal kuasa magnetik seperti ayahnya. Stan Lee, pencipta watak-watak komik X-Men turut muncul sebagai cameo. Bakal ditayangkan di saluran FOX (Astro Channel 724) mulai 2 Oktober.

Antara ulasan positif tentang siri terbaru ini: “X-Men series is smart and exhilarating…” dari USA TODAY.

The Gifted diterbitkan oleh Matt Nix (sebelum ini pernah menghasilkan siri televisyen Burn Notice dan The Good Guys) di mana ia menampilkan barisan pelakon seperti Stephen Moyer, Amy Acker, Sean Teale, Jamie Chung, Coby Bell, Emma Dumont, Blair Redford dan Natalie Alyn Lind.

image