MILO® melangkah lebih jauh dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu

Varian serbuk terbaharu MILO® menawarkan lebih kebaikan untuk seisi keluarga, termasuk 2.5 kali serat dan 50% kurang gula tambahan – semuanya dengan kehebatan rasa MILO® yang digemari ramai.

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2020: Kebaikan MILO® kini melangkah lebih jauh dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu. Varian serbuk MILO® terbaharu ini mengembangkan lagi rangkaian produk MILO® dengan menawarkan lebih kebaikan, khasiat dan tenaga yang bukan sahaja selama ini telah menjadi pelengkap sarapan pagi Malaysia malahan memupuk juara dari generasi ke generasi.

MILO® Activ-Go Plus Fibre mengandungi 2.5 kali serat berbanding serbuk MILO® Activ-Go yang biasa. Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan pencernaan. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 baru-baru ini mendapati 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran – iaitu sumber serat yang penting – dengan mencukupi. MILO® Activ-Go Plus Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu menangani masalah ini. Satu hidangan (30g) MILO® Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan.

Seperti serbuk MILO® Activ-Go yang biasa, varian baharu ini mengekalkan kebaikan MILO® yang dibuat daripada malt barli, susu dan koko, lengkap dengan kehebatan rasa MILO® yang digemari ramai. Tambahan pula, ia mengandungi hanya kira-kira setengah sudu kecil (2.9g) gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g).

Continue reading “MILO® melangkah lebih jauh dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu”

NESCAFÉ Blend & Brew menyajikan siri komedi romantik Ben & Bella dengan kerjasama Media Prima

Kuala Lumpur, 18 Mac 2020: NESCAFÉ, jenama kopi pilihan Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Media Prima Berhad buat julung kalinya untuk mempersembahkan sebuah rancangan televisyen yang ‘dibintangi’ beberapa produknya. Menyedari bahawa budaya kopi memperkayakan kehidupan pengguna di Malaysia – selain memahami motivasi, aspirasi dan cabaran mereka secara mendalam – NESCAFÉ menunjukkan bagaimana jenama itu dapat menyuntik #bangkitkansemangatpagi, atau semangat ‘bersiap sedia’ untuk mencapai perubahan positif, ke dalam diri pengguna menerusi program ini.

NESCAFÉ Blend & Brew menggabungkan unsur kemesraan, jenaka, drama, dan cinta dalam siri mini Ben & Bella baharu ini. Ben & Bella berkisar kehidupan dua pereka dalaman muda yang bercita-cita tinggi dari dua firma berlainan yang berkongsi ruang kerja kreatif. Berhadapan dengan perbezaan dan sejarah silam masing-masing, mereka berdua terpaksa menempuh cabaran demi kerjaya dan cinta.

Continue reading “NESCAFÉ Blend & Brew menyajikan siri komedi romantik Ben & Bella dengan kerjasama Media Prima”

MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan di kalangan golongon dewasa muda. Malah, ramai tidak menyedari kepentingan protein dalam pengambilan makanan harian. Selain merupakan komponen dalam setiap sel badan, protein juga membentuk rangka tubuh kita. Selain itu, protein membantu membina tisu tubuh dan membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.

Berbekalkan misi untuk menyangkal tanggapan salah terhadap protein dan membantu golongan dewasa muda memahami peranan protein dalam kehidupan harian. MILO® kini memperkenalkan MILO® PROTEIN UP, produk ready-to-drink (sedia diminum) terbaru yang dirumus khas untuk golongon ini. Ia dapat meningkatkan pengambilan protein di kalangan golongon dewasa muda yang ingin memulakan gaya hidup yang cergas dan aktif.

Padat dengan 13g protein susu yang bersamaan dengan kandungan protein dalam 2 biji telur (1), satu hidangan MILO® PROTEIN UP memenuhi 21% saranan pengambilan protein harian golongon dewasa (2). Protein membantu golongan ini mengekal dan membaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam tubuh. Protein juga merupakan blok binaan asas untuk otot yang menyokong pergerakan kita setiap hari, di samping membantu membina kekuatan (3).

“Kami teruja untuk melancarkan MILO® PROTEIN UP dalam usaha berterusan kami untuk membekalkan tenaga yang berkhasiat kepada pengguna dewasa muda ke arah gaya hidup yang cergas dan aktif. Tinggi dengan protein, MILO® PROTEIN UP berbeza dengan produk MILO® lain dan membekalkan pilihan kepada golongon dewasa muda yang mencari produk tinggi protein untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka,’ jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Continue reading “MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh”

KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!

Coklat wafer KITKAT manis & masin yang pertama.

PETALING JAYA, 27 Jun 2019 – Kepada semua penggemar coklat di seluruh Malaysia, jom raikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT! Sebagai peneraju utama dalam kategori coklat, KITKAT, bersempena Hari Coklat Sedunia kali ini, memperkenalkan keluaran edisi terhadnya – KITKAT Popcorn.

Selama ini, KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi. Namun, KITKAT tidak pernah ketandusan idea dan membawa ilham inovasinya ke tahap yang lebih tinggi dengan penghasilan satu lagi perisa luar biasa untuk tahun ini – KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin

KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!

Continue reading “KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!”