WALL’S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM KINI BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA DI ATAS PERMINTAAN POPULAR!

#BobaJeLAH Bila-Bila Masa dan Dimana Sahaja dengan Penghantaran Percuma ke pintu rumah anda untuk 300 Pesanan Pertama*

KUALA LUMPUR – Peminat Boba kini pasti berasa lebih gembira! Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream yang merupakan kolaborasi terkini diantara jenama aiskrim ternama di Malaysia – Wall’s dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive, kini boleh didapati di seluruh negara di dalam dan luar talian selepas mendapat sambutan yang luar biasa. Rakyat Malaysia kini boleh #BobajeLAH dengan #WallsBobalicious tidak mengira tempat dan waktu!

Diperbuat dengan 100% rasa teh susu dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan, #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu kepada minuman yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia melalui tekstur yang berbeza tetapi amat menarik, aiskrim berkrim yang kaya dengan rasa hinggalah kepada pearl yang kenyal dan lembut. Ianya dijual pada harga yang berpatutan, bagi memastikan peminat Boba dapat menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk sebatang aiskirm tanpa mengira tempat dan waktu!

“Di Wall’s, kami sentiasa memberi perhatian kepada trend semasa dan ianya tidak dapat disangkal lagi bahawa boba telah menggegarkan negara kami semenjak dua tahun lalu. Untuk memastikan pengguna sentiasa dapat menikmati pengalaman menarik, ciptaan terbaharu dengan kerjasama rangkaian bubble milk tea popular, Tealive – Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice cream memberikan rakyat Malaysia pengalaman boba yang terkini, dan ianya boleh dinikmati dengan mudah dalam bentuk sebatang aiskrim, #BobaJeLAH dimana sahaja anda berada tanpa mengira waktu,” kata Shiv Sahgal, Direktor Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia

Continue reading “WALL’S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM KINI BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA DI ATAS PERMINTAAN POPULAR!”